Articles in the Headline Category
Headline, Pakatan Rakyat »
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai semalam kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikembangkan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program termasuk khutbah yang menyentuh dan ada hubung kait dengan Islam Hadhari.
Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini …
