Home » Archive

Articles in the Pakatan Rakyat Category

Headline, Pakatan Rakyat »

[27 May 2008 | No Comment | ]
Selangor haramkan program Islam Hadhari

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai semalam kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikembangkan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program termasuk khutbah yang menyentuh dan ada hubung kait dengan Islam Hadhari.
Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini …

Headline, PKR, Politik, Umno »

[22 May 2008 | No Comment | ]

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyifatkan sebagai aneh bagi bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor menyertai semula Umno.

PKR, Pakatan Rakyat »

[17 Apr 2008 | No Comment | ]

17 Apr | 7.55am
SHAH ALAM: Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah disoal siasat oleh polis semalam kerana menyertai satu perhimpunan ‘tanpa permit’ secara aman 14 April.

Nasional, Pakatan Rakyat »

[16 Apr 2008 | One Comment | ]

16 Apr
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memutar belitkan fakta apabila menyatakan bahawa nama penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.

Nasional, Pakatan Rakyat »

[5 Apr 2008 | No Comment | ]

5 Apr | 12.55pm
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata jawatan Yang DiPertua atau Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat di kalangan pembangkang perlu kerana sekurang-kurangnya perbezaan pendapat dan hasrat pihak pembangkang dapat disampaikan.

Nasional, PAS »

[4 Apr 2008 | No Comment | ]

4 Apr | 6.55pm
KOTA BHARU: Cadangan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakub agar PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang bakal ditubuhkan mendapat sokongan sayap pemuda dalam parti itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan tersebut memandangkan parti itu mendapat sokongan padu semua kaum termasuk dari masyarakat bukan Islam.

Nasional, PAS »

[4 Apr 2008 | One Comment | ]

4 Apr | 5.00pm
KUALA LUMPUR: Kalangan peminat dan pembaca Harakah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan fitnah yang dilakukan oleh puak desperado dengan menghantar SMS fitnah, kononnya dari Harakah.
Pihak Jabatan Pengarang Harakah menerima aduan dari orang ramai. wujudnya sebaran-sebaran yang dikatakan dari media rasmi PAS, Harakah dan Harakahdaily.

Kelantan, PAS »

[4 Apr 2008 | 17 Comments | ]

4 Apr | 9.20am
KOTA BHARU: Pucuk pimpinan PAS negeri telah mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti, Ustaz Nassuruddin Daud sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri yang baru bagi menggantikan Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, cadangan itu dibuat ekoran kemenangan Wan Rahim sebagai anggota Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum baru-baru ini yang menyebabkan jawatan Speaker DUN Kelantan perlu diisi.

Nasional, PAS »

[4 Apr 2008 | 3 Comments | ]

4 Apr | 12.45am
KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak saman pemula Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berhubung permohonannya untuk mendapatkan pengisytiharan sebagai calon yang menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.
Hashim menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Arau, Muhamad Daud Abdull Hamid, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Pakatan Rakyat »

[3 Apr 2008 | No Comment | ]

3 Apr | 9.25pm
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR akan memohon menerbitkan akhbar mereka sendiri, lapor Harakahdaily memetik kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.
Menurut laporan itu Tian Chua berkata ia merupakan inisiatif pihak Pakatan Rakyat memandangkan liputan terhad pihak media arus perdana terhadap pakatan itu dalam laporan mereka.