Home » Nasional, Umno

Islam Hadhari diakui punca kekalahan BN

5 April 2008 4 Comments

5 Apr | 12.10pm
KUALA LUMPUR: Prinsip Islam Hadhari bawaan Umno dikenal pasti antara punca kemerosotan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu, demikian pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika pada pilihan raya 2004, ramai pihak beranggapan kemenangan BN berpunca daripada Islam Hadhari, maka kekalahan BN dalam pilihan raya baru-baru ini juga disebabkan Islam Hadhari,” katanya dipetik The Star.

Pada anggapan Zahid kemerosotan itu disumbangkan oleh banyak faktor antaranya dengan meletakkan ‘wajah’ atau kefahaman yang berbeza terhadap Islam hadhari.

Sehubungan itu Zahid meletakkan harapan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) memikul peranan sebagai badan yang berwibawa serta berautoriti untuk menjelaskan kepada semua pihak mengenai prinsip Islam hadhari yang diperkenalkan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“IKIM akan menjalankan penelitian dan penyelidikan serta memperbetulkan mengenai konsep ketamadunan yang gagal difahami oleh ramai pihak,” katanya kepada pemberita selepas melawat IKIM di Jalan Duta, semalam.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

4 Comments »

  • kakchik said:

    Dato’,
    tak payah nak harapkan ikim menerangkan apa dia Islam hadhari tu sebabnya orang tak mau. Cukuplah dengan Islam yang Allah turunkan kepada kita, hamba-hambanya tak kira apa juga bangsa. Islam hadhari tu nampak sangat dikhususkan untuk bangsa Melayu Malaysia.W/pun ada negara luar yang minat, tapi memang tak jadinya. Islam, Islamlah. Apa lagi nak tambah-tambah.

  • muhammad said:

    alahai dato’..xpyh trg la psal islam hadhari 2…btulkan isteri2 pimpinn negara yg x pkai tdung 2 dlu…bapak hadhari nak mengajar rakyat mcm ketam mengajar anak-anak berjalan

  • PASOLA said:

    HADHARI NI UMPAMA JALAN YANG SESAT UNTUK ORANG ISLAM KENAPA?1)DALAM DUNIA NI HANYA PAKLAH SAHAJA YANG GUNA ISLAM HADHARI,DAN KENAPA HANYA DI MALAYSIA SAJA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN ITU KENAPA TIDAK SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA NI YANG MENGGUNAKANYA,2)ISLAM HADHARI PAKLAH HANYA MEMENTINGKAN PANGKAT,KUASA,SOSIAL,TAMAK,TERKENAL,DAN SEBAGAINYA.ITULAH SERANGAN SECARA SENYAP KEARAH KESESAKAN,ITULAH ISLAM HADHARI PAKLAH.

  • Hidir said:

    Dato’ pon jgn la sama bebal dgn perkara yg terang2 sesat dan tak betul dr segi istilah maupun pemahaman & pghayatan. Islam yg kita belajar terdiri dari Islam, iman & ihsan. So kalu ada Islam had hari, mananya iman had hari plak? apa pengertiannya? Kupas la sket kalu ada, jgn la simpan sorang jer..ihsan had hari guano plak? nampak sgt pincang kat situ..1 lg ISLAM tu dr zaman Nabi smpai ke bila2 pon tetap Islam yg sama asas, prinsip, ajaran dan dokongannya tetap sama pd semua zaman. Sibuk mcm mana pn, maju mcm mana pn kalu kata rambut tu aurat tetap aurat,tokleh dedah, solat 5 waktu tetap lima waktu, takde kurang..so mana ada ‘Islam masa kini / terkini (makna pd istilah hadhari yg digunakan) dan Islam masa dulu? Yg berubah adalah perjalanan hidup manusia dgn kemajuan yg dicapai, ttp Islam tu tetap perkara yg sama, takde hadhari ke apa ke..Istilah hadhari yg digunakan tu pun ntah mana dtg..yg jelas ia adalah kata terbitan yg dicipta ikut sedap mulut menyebut dr wazan perkataan ‘hadharah = tamadun, kemajuan’ yg berasal ‘hadhara = hadir, masa kini’ yg diterbitkan menjadi ‘hadhari’..dah la penggunaan istilah tak ckup konkrit, dilobi pulak giler supaya semua org terima. Bg yg tuhan mereka RM & pangkat, main enggeh saja w’pun ada ilmu dan ikut melobi sama takut mis soruu..Maka membenarkan ayat Allah yg melabelkan jenis ni sebagai “penjual agama”.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.