Home » Nasional, PAS

Mahkamah tolak saman pemula Ustaz Hashim Jasin

4 April 2008 3 Comments

4 Apr | 12.45am
KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak saman pemula Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berhubung permohonannya untuk mendapatkan pengisytiharan sebagai calon yang menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Hashim menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Arau, Muhamad Daud Abdull Hamid, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Zamani A Rahim menolak saman pemula itu selepas mendengar hujah bantahan peguam defendan serta hujah peguam plaintif selama lebih dua jam dalam kamarnya.

Hashim, yang memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kangar pada 17 Mac lalu, diwakili Mohamed Hanipa Maidin dan dibantu Zulmi Sabri, Aminuddin Zulkifli dan Mohd Pathi Md Zain, manakala Abdullah diwakili J Karupiah dan Muhamad Daud. SPR pula diwakili Azizah Nawawi dan Siti Salwa Musa.

Abdullah, yang juga calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang kerusi negeri Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperoleh 3,384 undi mengalahkan Hashim yang mendapat 3,235 undi.

Dalam saman pemula itu, Hashim berkata beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berdasarkan pengiraan undi dalam borang 14 yang menunjukkan beliau memperoleh 3,333 undi berbanding 3,286 undi yang diperoleh Abdullah dan dengan itu menang dengan majoriti 47 undi.

Kes itu sepatutnya didengar 27 Mac lalu namun Zamani menetapkan hari ini untuk membolehkan peguam defendan mengemukakan bantahan awal.

Beliau menolak saman pemula itu tanpa kos.

Zamani bersetuju dengan bantahan awal para peguam defendan yang diketuai J Karupiah yang menyebut bahawa saman pemula itu tidak mengikut perlembagaan kerana ia sepatutnya dilakukan melalui petisyen selepas keputusan pilihan raya umum yang lalu diwartakan.

Peguam Mohamed Hanipa yang ditemui kemudiannya berkata, pihaknya akan berbincang dengan Hashim sama ada rayuan akan dibuat atau satu petisyen dikemukakan selepas keputusan pilihan raya umum diwartakan.

Selain Abdullah dan Hashim, turut berada di mahkamah hari ini ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi BN negeri. - Bernama

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

3 Comments »

  • Nik Bahrum said:

    Dari awal lagi saya sudah jangkakan keputusan tersebut. Semalam saja SPR mengumumkan bahawa keputusan pilihanraya ke 12 akan digazetkan sedikit masa lagi. Saya agak terkejut juga sebenarnya membaca berita penfailan saman pemula tersebut dahulu kerana bagi saya tidak ada jalan lain melainkan dengan petisyen pilihanraya selepas keputusan digazet.

    Pada pilihanraya ke 11 dahulu di Parlimen Pasir Puteh pernah timbul isu yang sama. BN tunggu sehingga keputusan digazet dan mereka telah berjaya. Kita nampaknya tak sabar-sabar. Nasib baik tak kena bayar kos. Kalau tidak mahu kena dalam RM200k.

  • Wan said:

    ye lah.. bukankah yang bersama-sama memfailkan kes ni ialah Hanifa Maidin, tu org lama takkanlah dia tak tahu pulak.. pelik betullah :(

  • amran said:

    pasal apa ya gi redah juga.. tak pasal-pasal habis masa sajo..

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.