Ustaz Nassuruddin dicadang Speaker DUN Kelantan
4 Apr | 9.20am
KOTA BHARU: Pucuk pimpinan PAS negeri telah mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti, Ustaz Nassuruddin Daud sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri yang baru bagi menggantikan Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, cadangan itu dibuat ekoran kemenangan Wan Rahim sebagai anggota Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum baru-baru ini yang menyebabkan jawatan Speaker DUN Kelantan perlu diisi.
Mengulas lanjut Takiyuddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata Ustaz Nassuruddin tokoh sesuai untuk mengisi kekosongan berkenaan berdasarkan pengalaman luasnya selaku wakil rakyat dan peranannya sebagai timbalan kepada Wan Rahim dalam DUN sebelum ini.
Sementara itu Ustaz Nassuruddin mengesahkan beliau telah dimaklumkan mengenai cadangan tersebut.
























berita ini disiar dalam sinar harian seolah2 dah sah ustaz nasaruddin dilantik jadi speaker dan yb zaki timbalannya. sedangkan di sini , dinyatakan Us nasaruddin dicadangkan. macam mana tu…?
saya rasa betul dah laporan ni.. setiap pelantikan tentunya datang dari parti.. pucuk pimpinan bermesyuarat akan mencadangkan nama sekian-sekian ke jawatan sekian sekian.. Bila telah terima watikah atau mengangkat sumpah barulah sah pelantikannya.. macam kes MB t’ganu, bila idris terima watikah dari PM tak bermakna idris jusoh dilantik jadi MB.. selepas sultan perkenan barulah sah dilantik.. dalam hal itu ahmad Sultan beri watikah kepada Ahmad Said, masa itu barulah boleh dikatakan Ahmad Said dilantik sebagai MB.
Begitu juga dalam kes ni.. pucuk pimpinan cadangkan nama Ustaz Nasurudin sebagai speaker.. itu belum sah kata dilantik lagi, cuma dari segi adatnya bila pucuk pimpinan pilih maka dialah yang dilantik kalau tiada apa2 halangan. cuma kalau tak silap kes speaker ni dipilih oleh kerajaan negeri, jadi parti cadang kepada kerajaan nama nasurudin.. bukankah kerajaan itu PAS juga.. adat katanya tentulah kerajaan akan terima cuma tak boleh lah kata sah lagi..
Soal sinar harian saya rasa tak betul dari segi etika.. kecuali kalau berita tu sebut PAS lantik Ustaz Nasurudin, rasanya baru betul gitu.. kalau hanya kata ustaz nasurudin telah dilantik sebagai speaker itu mensensasikan berita namanya.. wallahua’lam
Ya, saya setuju.. bukankah sebelum ini ustaz Nik Amar telah tegur sinar harian pasal kes pelantikan Exco.. Wartawan Sinar harian tanya apa perasaan Ustaz bila dilantik Exco, nik amar kata kita bersyukurlah kerana diberi kemenangan oleh Allah dinegeri kelantan dan kita dapat bentuk kerajaan negeri.. yang keluar dalam sinar hariannya “Nik Amar bersyukur kerana dilantik jadi Exco” apa maknanya tu?
memanglah nampak comel doh tu, tapi tajuk tu menampakkan seolah-olah nik amar ni memang hendakkan jawatan Exco.. memanglah dia pun tentulah bersyukur sebab dilantik tapi bukan itu highlight kenyataan nik amar.. di tujukan syukur atas kemenangan PAS di Kelantan.. benda kecik tapi dia boleh ditafsir makna lain..
molek la tu.. apa-apa hal pun kita patut cermat, sebab kita sokong PAS ni bukanlah kita kata PAS betul semua, tapi PAS lah parti hak terbaik di malaysia buat masa ini dan insya-Allah sepanjang zaman, jadi kalau tak beringat padahlah, hok mana tak molek tu kita selesai sesama kita cara molek tak payah wat tubik mace Umno dok baloh tu.
Acu baca mesej di bawah yang dipetik dari tranungkite:
“Dan hari ini (Khamis) dinyatakan bahawa ustaz nasarudin telah dipilih menjadi speaker dewan,walhal tuan guru MB belum membuat kenyataan.berita ini juga telah disebarkan ke akhbar sinar harian dengan cara copy paste dari blog tuan. keadaan ini tentunya akan menjadi polimek andai ada perubahan samada dr pihak istana maupun pimpinan negeri.
usaha-usaha terancang ini pastinya akan menjadikan jemaah dalam keadaan keliru dan rakyat akan melihat kemmelut yang tuan ciptakan dengan andaian tersendiri.,yang ruginya adalah nilai perjuangan dan erti kemenangan.
sekadar itu yang ingin saya coretkan.maaf kerana memilih ruangan ini dengan pengamatan peribadi.Wallahualam”
tiada apa masalah pihak parti nak mencadangkan nama sesiapa pun nak jadi exco atau speaker. cuma perbuatan sinar harian yg sekadar copy n paste berita dari blog2 yg sumbernya tidak rasmi amat dikesali. kalau tak silap saya berita tak sahih ni dtg dari blog MSO .
perlantikan MB, exco dan speaker perlu diperkenankan oleh DYMM sultan, tapi nampaknya sinar harian macam tak sabar nak heboh2kan dulu dan skrg berita tu dah jadi bualan rakyat seolah2 dah rasmi.
Kalau bukan us nasaruddin yg diperkenankan, macam mana?
sinar harian nampaknya tak belajar dari kesilapan yg dah berulang2 dibuat, ingat suatu masa dulu berita ttg sidang DUN kelantan ?
Nampaknya Sinar harian cuba hendak mendahului masa seperti yang terjadi di Ganu kite..Jangan terpengaruh dengan sinar harian.Siapa pun yang dilantik,kita akan terima dengan sebulat suara..
percaya lah saudaraku, bila cadangan ini dibawa kepada sultan,maka keputusannya mestilah memihak kepada Dato’ Rusli, ingatlah, PAS mesti menjadi sebuah parti yang benar2 islam,maka buatlah keptusan yang adil.. kepada Dato Rusli, teruskan perjuangan…. rakyat kelantan akan terus menyokongmu…
jangan percaya sangat sinar tu…banyak berbelit… speker ni dato rosli yang layaknya… kami nk rosli…
boikot je blog MSO tu,,,ap la masalah dia ni…apa slah dato rusli??? apa salah Dato Husam??? ap tujuan MSO ni… ingat PAS ni parti Islam…kalu orang pakat semhyang hjat untuk mso ni baru tau….
Speaker ………………..oh speaker………………………
Sebagai pemerhati politik, hati ini tersentuh untuk turut terlibat apabila gelanggang dibuka oleh MSO ,meskipun sorotan (TAKI GAGAH,HADI GAGAH)dalam blog asam kelat telah menjawab perkara pokok,tapi elok juga rasanya jika saya turut menyokong komen daripada rakan2 yang terdapat didalam blog2 lain,termasuk tranungkite,kelantankini dan sebagainya yang sememangnya tidak lebih demi untuk melihat perjuangan PAS dapat diterima oleh pelbagai pihak tanpa mengenal batas geografi.
Daripada pengamatan saya, garis panduan yang perlu dipatuhi ianya biarlah konsisten didalam perjuangan kita. Konsisten dari sudut sebelum pilihanraya dan juga selepas plilihanraya. Adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang ekosongan Speaker untuk menggantikan YB Dato’ Wan Rahim bagi Speaker DUN Kelantan. Pertama , setiap pelantikan haruslah berdasakan kepada keputusan jemaah,jangan hendaknya polimik ini berpanjangan kerana umum akan melihat apakah didalam PAS juga turut terpengaruh dengan budaya yang berlaku didalam UMNO.Keduasetiap pimpinan PAS sewajibnya mengetahui dan lebih arif didalam melaksanakan tanggungjawab dan bidangkuasanya. Kita ditarbiah dengan pembahagian kuasa disetiap cawangan,kawasan.negeri,malah diperingkat pusat.Persoalannya,apakah setelah PAS memerintah Kelantan hampir 20tahun akan menghakis kuasa PAS pusat.Apakah Dewan Harian PAS Kelanta lebih berkuasa dari Dewan Harian PAS Pusat? Apakah setiausaha perhubungan PAS kelantan lebih berkuasa dari Setiausaha Agung PAS Pusat?Apakah (egoism)kita telah menyelubungi Dewan Harian PAS Kelantan???? Apakah wujud (Raja Mandaliar) didalam istana PAS Kelantan?Apakah wujud beberapa watak JR yang kelak akan meruntuhkan istana “DALLAS” PAS Kelantan?
Daripada pengamatan sy, adalah tidak elok kita membicarakan siapa yang layak menduduki kerusi speaker diantara Dato’ Hj Ahmad Rusli( yang diangap seorang mualaf politik PAS Kelantan,jika dibandingkan dengan YB Dato’ setiausaha PAS kelantan) dan YB Ust Nasaruddin ADUN Meranti.
YB Ust Nasaruddin tidak boleh dipersalahkan kerana kedudukan beliau pada masa ini sebagai ADUN dan Timbalan Speaker DUN Kelantan,maka ini ialah proses kenaikan pangkat.YB Nasaruddin bagaikan permata yang dijelmakan dari Kerabat Pondok Meranti,meskipun tidak sempat menamatkan pengajian tetapi dijemput bertanding di DUN Meranti. Didalam hal ini, soal seniority tidak timbul kerana kalau bercakap soal seniority,YB Hj Abd Fatah Haron lebih senior.Didalam perjuangan pemuda YB Nasaruddin sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ,maka ternyata YB Zaki Ibrahim Ketua Dewan Pemuda yang juga ADUN Kelaboran lebih senior berbanding beliau,tetapi kita berbangga dengan kelantangan YB Nasaruddin dalam berhujah dalam segenap sudut dan juga agama yang agak terserlah ,itupun CD ceramah Ust Hamid Derani lebih laris dari CD YB Nasaruddin.Ini bermakna ,tarikan Ust Hamid Derani dalam ceramahnya disetiap pelusuk negeri dan negara,ternyata Ust Hamid telah melangkaui batas sempadan.
Begitu juga dengan kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli B Hj Ibrahim kepangkuan PAS bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah kepada PAS Kelantan kerana beliau terjun kedalam perjuangan PAS ketika PAS mengalami saat2 gentir setelah kalah dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir,adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang beliau dalam pengisian jawatan speaker.Disaat itu,kebanyakkan pemimpin PAS terasa hambar untuk mengadakan program ceramah,namun setelah kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli tidak dapat dinafikan dengan kehadiran beliau telah merubah iklim politi Kelantan dengan kata lainDato’ Rusli telah mewarnai lembaran baru perjuangan PAS,ini tidak termasuk penghijrahan pemimpin lain disetiap Kawasan dancawangan.
Apakah setelah berjaya ,kita meletakkan “ TSUNAMI POLITIK” diatas kejayaan kita? Kalaulah tsunami menjadi penyebab, kenapa ianya tidak berlaku di Terengganu yang didomonasikan oleh orang melayu dan Islam??? Knp idak juga berlaku di Perlis yang hanya beberapa buah warung kopi sahaja dapat menentukan politik Perlis? Jawapan bagi persoalan ini ialah,hasil kerja kuat dari semua pihak di Kelantan serta gelombang anak muda diperantauan yang boleh menentukan keputusan pilihanraya tempoh hari.
Pada pendapat saya, wujudnya polimik persoalan speaker ini adalah angkara Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,keadaan ini adalah berdasarkan sikar “ belum duduk sudah berlunjur” yang diamalkan ,antaranya:
1. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan tidak memahami perlembagaan dan peraturan PAS meskipun seorang peguam ,keana tidak dapat membezakan antara kuasa Dewan Harian PAS Negeri dngan Dewan Harian PAS Pusat.
2. Setiausaha PAS Kelantan juga brikhtiar untuk mewujukan (grang design politic) dengan dibantu oleh MSO,Razak Abas , Ust Wan Ismail serta rakan2yang sewaktu dengannya.
3. Setiausaha PAS Kelantan juga telah ingkar secara jelas warkah daripada YB Dato’ Seri Presiden parti, sedangkan didalam UMNO warkah dari presiden akan dijulang oleh Setiausaha Perhubungan sehigga bertempur dengan Istana maziah.
Sebagai pemerhati, Apakah Setiausaha PAS Kelantan berkuasa lebih daripada Presiden???? Dan apakah mungkin Presiden PAS sebagai Perdana Menteri akan datang tidak akan dipatuhi sebagaimana berlakunya pada hari ini.
Adalah lebih adil,kita membicarakan watak Setiausaha inilah yang kelak akan meruntuhkan PAS Kelantan.Daripada penilaian saya, beberapa kelebihan yang ada pada Setiausaha PAS Kelantan tidak lebih daripada untuk mengawal setiap gerak-geri yang berlaku dalam kerajaan sedangkan portfolio yang diagihkan kepada beliau pun tidak pernah mengadakan mesyuarat walaupun setahun sekali.Melihat dari gerakkan kepartian , tidak lebih daripada meraikan kejayaan DUN Bunut Payong .Kehulu kehilir bersana konco-konconya.
Kesimpulannya , tindakan Setiausaha PAS Kelantan telah meletakkan kerusi speaker DUN didalam dua keadaan,pertama pertempuran diantara maruah PAS Pusat dengan PAS Negeri.Kedua, sikap belum duduk sudah berlunjur akan menjadikan PAS tidak disegani oleh Istana Kelantan.
FIKIR-FIKIRKANLAH….. APAKAH AGENDA YB DATO’ TAKIYUDDINLEBIH MUSTAHAK DARI PERJUANGAN PAS??????
betul tu…. ni semua kerja jahat untuk menjtuhkan dato’ li…tapi,apa pun yang berlaku,insyaallah.Allah bersama orang yang benar…..
kalu dah nak buat kerja macam tu,baik jadi umno je dato s/u pas kelantan.senang wat kejo… tapi,apa pun,kawe knl Dato’ Rusli,kawe mohon kita smua berdoa agar Dato’ Rusli menjadi Speaker DUN Kelantan….Baru mantap…..Takbirrrrrr!!!!!!!
sering kali kita terfikir,bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita,tetap senyum bila dibenci,tetap tenag bila dimusuhi,,tetap membantu walau disakiti,tetap menyeru walau diusir pergi,kenapa kita mudah benci bila dikasari?mudah putus asa bila apa yang dilakukan tak menjadi?mudah kecewa bila ang laintak memahami?mudah terguris bila kita dinasihati? Ayuh kita bangkitka diri,agar segala yang indah menghiasi peribadi,kerana qudwah hasanah kita adalah nabi,kerana itu lah sifat hamba Allah yang hakiki.Salam ukhuwah dan salam prjuangan buat saudara… bagi saya ,apa yang dikatakan oleh ibnu kelantani itu ada rasionalya, cuba bayangkan,kehadiran YBhg Dato’ Hj Ahmad Rusli bagaikan sebutir permata yang cukup bersinar dalam politik kelantan…tetapi sya terkedu bila ada anasir2 yang krang elok untuk menempelak niat baik dato rusli..bagi saya MSO bukanya oran yangselayaknya untuk komen tentang dato rusli,kerana MSO masih mentah dalam politik,dato’ Rusli dah berpuluh tahun berkecimpung sebagai pmpinan politik,tetai MSO dan koncunya hanya tahu mengkritik insan yang dhaif…bagi saya Dato’ Rusli merupakan soranhg pejuang yang tak kenal penat lelah,berjuang kerana tok guru dan untuk Islam…saya cadangkan MSO memohon maaf kepada Dato’ Rusli… kalu tidak,nantilah hari kiamat nanti,dimana Allah sendiri yang akan menyoal anda…. wallahuaklam
apa yang nak dibahaskan, serah saja pada sultan,selesaila benda ni… for Dato’ Rusli,i wish u lick at your life…
i think, Dato’ Rusli is a best Man in Kelantan, so why you(Takiy) not take him for Speaker in state of Kelantan????
assalamualaikum, nasihat untuk pas kelantan : 1.urus parti dengan baik - Fungsi dan peranan Badan Perhubungan sebenar,Fungsi dan Peranan PAS Kawasan,fungsi dan peranan PAS cawangan dan dewan.Sila rujuk perlembagaan parti.Kalau perlembagaan yang ada lemah,sila buat perubahan .
2. Urus kerajaan dengan cara yang terbaik.Hamba kepada Allah amanah daripada rakyat.
3. Parti yang terkawal dari dimasuki,dipengaruhi dan dikuasai oleh fikrah luar dari fikrah islam.
4. Kerajaan yang dikawal oleh parti dan parti dikawal oleh islam.kerajaan daripada parti.
5. Kemenangan sebagai pemimpin dalam paeri atau kemenagan dalam pilihanraya dan jawatan dalam kerajaan bukan hak peribadi tapi hak islam.
6. Wujudkan jawatankuasa aduan parti yang bebas bagi menangani isu-isu yang berhubung dengan hiden agenda dalam parti .Jawatankuasa tersebut akan siasat dan sediakan laporan untuk tindakan pas pusat.Mesti tegas dan tiada kompromi.Bukan masa untuk perjuangan klik dan keluarga.Kalau pas kelantan tak berani tak ada guna ada tok guru kalau pakat dok perebah.
7. Semua perkara perlu telus bukan masa untuk jaga pas dengan cara sembunyi kejahatan,tutup kelemahan.
8. Pemimpin di peringkat perhubungan,kawasan dan dewan mesti angkat sumpah dan istihar harta.
7.
Leave your response!
Kategori
Luahan Rasa
Artikel Semasa
Laman Berita
Arkib Berita
Rangkaian
Meta
Tag
Akhbar Astro Azam Badrul bernama Black 14 BN dewan rakyat diesel ezam Islam Hadhari jawatan letak jawatan Malaysia malaysiakini masuk Pakatan Pakatan Rakyat parlimen PAS pecat Pemuda Umno Pengguna penjara perhimpunan petrol PKR Plus polis Politik Raja Munirah rakyat Siaran speaker subsidi syabu tol UmnoBlogroll
Most Commented