Home » PKR, Pakatan Rakyat

PKR sifatkan siasatan bermotif dendam

17 April 2008 No Comment

17 Apr | 7.55am
SHAH ALAM: Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah disoal siasat oleh polis semalam kerana menyertai satu perhimpunan ‘tanpa permit’ secara aman 14 April.

Datin Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, telah ke sebuah balai polis bersama dua lagi yang dituduh berbuat yang sama untuk memberikan keterangan mengenai perhimpunan yang diadakan pada Isnin lalu itu.

Pihak polis telah mengisytiharkan program berkenaan sebagai perhimpun haram.

Seorang lagi yang dituduh berbuat demikian ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga seorang anggota kanan PKR.

Menurut laporan polis telah ke pejabat Tan Sri Khalid di Shah Alam untuk mendapatkan keterangan beliau.

“Kami menjawab semua soalan mereka dan kami akan menyerahkannya kepada pihak polis,” kata Wan Azizah, kepada wartawan selepas beliau keluar dari balai polis.

PKR telah menganjurkan satu perhimpunan untuk meraikan tamatnya pengharaman ke atas Anwar daripada memegang jawatan politik.

Anwar, yang juga penceramah utama perhimpunan itu telah berlepas ke Timur Tengah awal kelmarin dan tidak dipanggil ke balai polis.

Dalam pada itu Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali, menyifatkan siasatan terhadap para pemimpin dan anggota parti itu yang lain adalah bermotifkan politik.

“Matlamat mereka ialah: satu, untuk menakut-nakutkan di kalangan anggota parti pembangkang supaya mereka menghentikan perhimpunan; kedua, ia hanya sekadar untuk memenuhi dendam,” katanya kepada agensi berita Associated Press (AP).

PKR dan dua lagi parti pakatan pembangkang kini menguasai Selangor selepas pilihan raya 8 Mac lalu.

Pakatan parti pembangkang memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen Malaysia.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.