Home » Respon

Astro tidak endahkan segala komen pengguna

7 April 2008 7 Comments

Oleh Pengguna Bosan

7 Apr | 7.15am
SERING kali saya baca di ruangan forum tentang rungutan yang disuarakan oleh pengguna Astro yang tidak puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Namun apa yang menyedihkan, pengurusan Astro ibarat memekakkan telinga dan membutakan mata akan segala aduan yang diberikan.

Sehingga hari ini tiada perubahan yang dilakukan oleh Astro dan tiada jawapan yang dapat memuaskan hati pengguna walaupun sudah banyak kali aduan dikemukakan.

Sehingga hari ini masih timbul persoalan di hati setiap pengguna Astro (yang mencecah jutaan pelanggan), apakah tindakan yang akan diambil oleh Astro setelah banyak rungutan yang diterima bagi memastikan perkhidmatannya setimpal dengan apa yang dibayar oleh pengguna.

Pihak Astro seperti tidak mengendahkan segala kritikan yang diberikan oleh penggunanya dan terus menayangkan program-program yang sudah usang.

Saya sebagai wakil pengguna Astro ingin meluahkan rasa kecewa terhadap mutu siarannya dan secara tidak langsung terasa dianiaya kerana ia tidak setimpal dengan apa yang kami bayar. Pada tahun ini, bayangkan sekiranya kami tidak membayar sewa dalam masa sebulan sahaja maka siaran Astro akan dipotong.

Jika melibatkan keuntungan, pihak Astro tidak teragak-agak melakukan perubahan tersebut walhal mutu siarannya tetap sama. Sesungguhnya kami sebagai pengguna Astro juga mempunyai hak yang setimpal untuk menerima siaran-siaran yang berkualiti.

Oleh itu saya berharap pihak Astro dapat menjelaskan dan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan mutu siarannya.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

7 Comments »

  • anti said:

    Apakata kita ramai-ramai boikot ASTRO

  • farid said:

    Memang pun Astro ni nak untung saja,kalau perkhidmatan anda dipotong anda terpaksa menelefon astro untuk penyambungan semula lepas tu depa suroh tekan butang tu,butang ni,operator sibuklah kena tunggu depa main lagu pula,bayangkan charge bil telefon masuk kantung..ha..ha duit kering beb.LAGIPUN gomen kita tak adapun rasa nak baiki liputan siaran televisyen percuma (tak prihatin nasib rakyat yang berpendapatan rendah),nasiblah kalau anda duduk pendalaman terpaksalah langgan Astro tak nak tengok nak tengok kais-kais duit langganlah siAstro ni jugak,dah dia satunya sykt yang buat meniaga benda ni ikut sedap dialah letak harga..nasiblah kita rakyat yang pendapatan tak seberapa ni,kira lepas belanja makan dan pelajaran anak-anak pun dah ok lainlah yang duit lebih tu sampai tak tau nak buat apa…

  • punk said:

    banyak rancangan diulang berkali-kali sehingga cemuh menengok. Aps fseah kita bayar kalau benda sama saja diulang….

  • PASOLA said:

    BOIKOT SAHAJA ASTRO NI BANYAK LAGI SYARIKAT LAIN YANG ADA,SAYA DAH LUPA NANTI SAYA CARI

  • terkilan said:

    saya sendiri dah kali kedua minggu lepas hantar email kepada astro sebab bil tak sampai sejak tahun lepas. kali ni langsung tak layan. sampai je bil terbaru terus dibilnye cas bil tertunggak…
    utk pengguna astro, klu memang tak puas ati kat astro, email je kat email astro tu. tak perlu fon astro, perabih duit je… kata dasyat2 sikit…

  • kanabis said:

    dah 4 bulan aku tak byr astro, elok jer anak2 aku kat umah.. mula2 ngamuk gak, skang nie lagi baik tak de astro.. makin rajin depa dok ulangkaji plajaran.. ngabihkan duit jer bayo astro..

  • lanz said:

    harap kerajaan buka satu lagi permit penyiaran agar astro ada persaing. Mcm syarikat telekomunikasi. Ada celcom,digi,maxis, jadi pengguna yg untung

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.