Home » Politik, Umno

Badrul enggan ulas sertai Umno bersama Ezam

26 May 2008 One Comment

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno  bersama bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.

“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa “satu pertemuan sulit” antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.

Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno “bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri”.

“Dengan ini ‘reformasi’ dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan,” catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya.

“Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno.”

Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.

Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas. - Malaysiakini

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

One Comment »

  • Badrul tiada hasrat masuk Umno said:

    […] ini sebuah blog mendakwa “satu pertemuan sulit” berlangsung antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha politik […]

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.