Home » Politik, Umno

Ezam buat kenyataan minggu depan

22 May 2008 One Comment

TEKA-teki sama ada bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor bakal menyertai Umno akan terjawab sewal-awalnya minggu depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini melalui SMS hari ini, Ezam berkata beliau sedang berada di luar negeri.

ezam mohd noor 220507Dalam jawapannya, Ezam berkata, beliau akan kembali ke tanahair Selasa ini.

Menurutnya, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas kembali ke tanahair.

SMS beliau berbunyi: Saya di luar negara. Kembali Selasa. Kena buat kenyataan selepas kembali. Wassalam.

Ezam diminta mengulas laporan yang menyatakan beliau akan menyertai Umno selepas mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan parti tersebut.

Difahamkan, Ezam juga akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya tidak lama selepas dibebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2003.

Desas-desus mengenai kemungkinan Ezam menyertai Umno telah tersebar luas melalui Internet, khususnya sejak minggu ini.

Manakala akhbar berbahasa Inggeris The Star memetik sumber-sumber yang berkata Ezam telah mengadakan perbincangan dengan presiden dan timbalan presiden Umno untuk kembali kepada parti itu selepas keluar pada 1998. - Malaysiakini

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

One Comment »

  • “Keputusan Ezam aneh” - Wan Azizah said:

    […] dia memilih untuk kembali semula kepada mereka (Umno),” katanya ketika diminta mengulas laporan media yang Ezam akan menyertai semula […]

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.