Home » Umno

Gesa MT letak jawatan: S/U Umno Pahang mungkin dipecat

5 April 2008 One Comment

5 Apr | 1.50pm
KUANTAN 4 April – Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman berkemungkinan akan dipecat berikutan kenyataan terbukanya semalam yang meminta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu meletakkan jawatan.

Ahmad Tajuddin berkata, beliau dihubungi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob beberapa jam selepas kenyataannya disiarkan di Utusan Online.

“Saya diberitahu akan dipecat kerana kenyataan tersebut,” katanya sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Tajuddin berkata, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan beraninya itu.

Dalam kenyataannya semalam, Ahmad Tajuddin berkata, langkah ahli-ahli MT Umno meletak jawatan sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno iaitu jika semua ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

Sementara itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan semua usul yang diluluskan pada Persidangan Perwakilan Khas Umno bahagian Gua Musang semalam termasuk supaya parti mengadakan Perhimpunan Agung Khas (EGM) akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, semua usul dan cadangan yang selari dengan perlembagaan parti akan diperhalusi di peringkat MT dan tidak ada akan terkecuali termasuk soal menghapuskan kuota.

“Apa yang mereka (Umno Bahagian Gua Musang) nak buat mesti ikut peraturan dan bila sampai ke MT, mestilah kita akan bincangkan. Mana boleh kita ketepikan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Barisan Nasional Sarawak semalam.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Google
  • Smarking
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • e-mail
  • Facebook
  • Furl
  • Live
  • BlinkList
  • co.mments
  • feedmelinks
  • StumbleUpon

One Comment »

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.